Monday, 26 October 2015

R.AGE Food Fight : Bootcamp Ep 2 - Maharaja Bullshit dan student student beliau



PIC STOLEN FROM R.AGE
Stress betul....... Seminggu lagi dah nak final. Bootcamp kali ini bukan calang-calang orang ok.... anok hagham.... Chef Wan kut ! But before that....



ISTANA CHEF LIANG
Pagi itu kami dikerah ke kawasan perindustrian somewhere dalam PJ. Cuak gak, takut dah silap tempat, nanti kena sound diva. Nampak ja building nie, dah stim teghuk. Semangat architecture meluap-luap tak terkawal. Celaka Chef Liang, best bapak ahhh restoren dia (Whup Whup nama kedai dia ok checkidout). Bangunan tua nie berwatak zaman art deco (well versi malaysia laaa). Masih segak walaupun berusia, wajahnyah dihiasi tingkap tersusun kemas. Dalamnya macam mana ya ?




DALAM WHUP WHUP
Hambik kau! Para penonton yang study architecture mesti dah terhambur dan meleleh segala air liur dan lain-lain. Roof light pelbagai, steel truss kemas, welding dan bolts semua tip top. Structure efficient, steel flange welding cantik. Vent blocks dan exposed conduit. Apa lagi kau nak ! Siap dah tanam pokok. Memang anak bertuah mamat nie, boss kasi gua jual nasi lemak sini boleh ? Apapun kerja menjual diri tetap kena jalan.




CHEF LIANG DAN PRODUCER LECTURE JAP
OK, Chef Liang dan Producer Lord Elron meminta kami menbentangkan idea untuk rancangan channel youtube sekiranya menang. Lepas tue kami disuruh melakonkan rancangan tersebut di depan kamera. Seperti biasa, apabila dilanda kejutan semua mengelabah seperti lipas kudung.




CHEF NURIL
Yang pertama Chef Nuril. Beliau nak membuat program memasak dengan orang asli, masuk dalam hutan memburu dan memetik sayur liar. Nampak semangat untuk memasak hidangan asli tempatan yang kita dah lupa atau tak pernah jumpa sebab hari-hari mengadap TV tengok show mat salleh dan orang malaysia yang nak jadi mat salleh. Aku rasa boleh jadi, tapi memang kena kerja keras. Masa kecik dulu atuk aku pernah bawak pergi korek ulat sagu. Pokok yang dah tumbang dan mereput, dikopek dengan parang, selut memang sampai ke paha. Bau...... memang auuuummm ! Dah susah susah dapat ulat sagu, masuk mulut aku, ludah keluar. Nak wat canna masa tue aku baru darjah 2.




ASHLEY SIMPSON
Seterusnya, Ashley pulak. Beliau bercita-cita nak menyelamatkan dunia dengan membuat kerja amal ala random act of kindness....macam cerita "Pay It Forward" la gitu-gitu. Menolong orang tanpa mengharapkan balasan. Pecah perut kami apabila beliau bercadang nak memasak untuk mat dan minah clubbing. Aku dulu pun giat clubbing, hidup dalam kota yang penuh dengan penipuan, tikam belakang dan ketamakan, aku rasa clubbing tue lebih bermoral dari duduk di kedai kopi dan berpolitik. Memang bagus, kalau dunia ini majoritinya macam Ashley. Tapi bagi aku yang dah terlebih makan asam garam hidup di KL, polemiknya agak cetek dan naif. Apabila aku cuba mengkritik hujah hujah beliau, ada nampak marahnya. Darah muda..... kekadang aku juga inginkan semangat sedemikian, mungkin aku akan lebih bebas.




JAMIE OLIVER
Li Anne nie nampaknya sangat menyukai Jamie Oliver. Beliau nak membuat rancangan seperti Jamie Oliver di mana ada kebun sendiri, menggunakan sayur sayur species special. Mencari ingredient special seperti mozarella di langkawi (aku dah try....hampeh) Beliau juga nak menerokai hasil ciptaan terbaru dalam dunia masakan, seperti asikrim nasi lemak (aku dah try....kedai tue dah lingkup). Aku lebih suka adegan penyiasatan bahan mentah tempatan. Kenapa kita banyak pakai sayur dari China, Kenapa ikan kita banyak ke Jepun. Kenapa susah sangat nak dapat beras Bario. Sampai bila kita nak mengagungkan keuntungan. Di Itali, wine terbaik disimpan untuk keluarga dan jiran sekampung, wine yang ok dieksport ke luar negara, wine yang taik hantaq ke Mesia. Boleh jadi show yang menarik.




TRIPPING ON MSG
Kelly nie kan penyanyi. So mampusla korang, nie cookshow dia, dia nak menyanyi nak buat acapella, korang jangan complain. Beliau bercadang nak membawa 2 rakan beliau untuk pergi road trip, jalan jalan cari makan sambil beracapella dalam van. 2 ekor watak sampingan nie mestilah tak reti nak masak, maka Kelly akan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang jakun. Nama band dia MSG, so nama show dia TRIPPING ON MSG. Kau mampu ? Sapa-sapa yang tak faham "tripping" tue apa cubalah baca kamus.




KUCING GEMOK NAK NAIK ATAS MEJA
Aku punya show senang. Aku nak cabar 5 ekor auntie, uncle, nenek atau mertua korang memasak. Kalau tok kau terrer gulai kambing JOM LAWAN, kalau mak kau terrer char kuey teow JOOM LAWAN, kalau kau terrer buat lasagna JOOOOM LAWAN ! Aku buat begini sebab aku rasa menonton resepi orang lain, biasanya orang tak give a F**K sangat pun. Tapi kalau sembang pasal resepi arwak tok dia, resepi keturunan, resepi jiran dia ataupun resepi mak jah, mak tam, auntie Siew, rojak uncle Vicknesh, Kerabu Kak Rosmah, Sotong Pak Jib.....semua berkobar-kobar berapi. So simple! Aku nak orang memasak dari semangat itu. Idea ini aku curik dari si Ramsay dan Chef Adu. Tqs sifu!






Tak sempat nak hembus nafas lepas present aku kena DIAO. Producer bubuh ayat pedas :

 "I never believed in entertainment for the sake of entertainment"

Nasib baik kau Producer ya Lord Elron. Kau ingat aku nie pelawak murahan cetek bagai Paris Hilton. Takperla nanti aku bahas dengan kau. Chef Wan aka Silver Fox aka Emperor of the BS dah sampai kot.



" HEY ! KORANG TAK DATANG SHAKE MY HAND PUN. YOU SHOULD KOWTOW TO ME U KNOW ! "

OK, the show has started !


PANDAI GAK AKU MEMBODEK

PERAH JANGAN TAK PERAH

Senang cerita, Chef Wan dalam televisyen sekadar satu versi beliau, yang si editor dan marketing rasa sesuai untuk tontonan khalayak ramai. Sifat sebenar beliau membuat aku terpegun, pecah perut dan kelincahan beliau memang membuat mata aku terlekat. Selama ini aku tak pernah faham karektor beliau dalam rancangan TV, aku ingatkan ianya olok-olok untuk memikat hati penonton. Tapi apabila melihat secara keseluruhan begini, aku nampak sifat beliau bukanlah seorang tukang masak pondan yang mulut laser, tapi seorang tukang masak yang agak "straight forward" dan agak brutal dengan kebenaran. Beliau juga tak takut memberi komen isu isu semasa dan berkongsi cabaran dan liku-piku hidup seorang "selebriti".



LAKSA NYONYA
Inilah dia, Laksa Nyonya. Tak ada pinggan jubin tandas, tak ada edible flowers, tak ada gulung itu gulung ini. Bebola ikan itu handmade, bukan Chef Wan yang buat, pembantu dia yang buat ; kami diberitahu secara selamba. Itulah gaya beliau yang saya hormati. Selain tue lawak 18SGX beliau memang hebat. Ala satu malaysia pun macam tue sebenaqnya, cuma sesetengah orang terasa dirinya terlalu serius dan tinggi moralnya untuk berlawak jenaka.


"Chef, do you think the Malaysian audience is ready to see this in mainstream media? I know everyone here would want to."

"No, it is just not our culture"


I consider myself lucky that from time to time i do find these hidden gems in the least expected time or place. So here is to a memorable day with a great bunch of peeps.



"THIS IS A COOKING SHOW.  PEOPLE GET BORED WITHIN SECONDS WHEN YOU ARE STUCK.  WHEN YOU PANIC YOU NEED TO KNOW HOW TO BULLSHIT.  YOU NEED TO MASTER THE ART OF BULLSHITTING"






No comments:

Post a Comment